Hai semua ! bertemu kembali kita pada catatan kembara amy sensei pada kali ini.
Mula-mula amy sensei nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat islam. Tak lama lagi syawal pula bakal menjelma...masa tu masing-masing sibuk dengan kuih raya..baju raya dan kereta raya?? opppss..!!
Kepada semua ahli PAMAJA yang mengikuti blog amy sensei ni..di sini amy nak jemput semua ahli untuk hadir ke Majlis Berbuka Puasa PAMAJA pada 14hb Oktober 2006 nanti bertempat di Universiti Malaya. Kolej ke berapa? nanti amy sensei beritahu kemudian bila dah confirm.
Perkembangan terbaru mengenai amy sensei ialah pada Bulan November 2006 nanti amy sensei akan membawa rombongan seramai 18 orang pelajar sekolah dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya bagi menyertai Junior Friendship Program di daerah Yame, Fukuoka dan Tokyo Jepun.
Program ni melibatkan pelajar seluruh negeri di Malaysia seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan banyak lagi dan melibatkan daerah-daerah lain di Jepun seperti Nagasaki, Kumamoto,Kagawa, Toyokawa, Gifu dan Iwate.
Perjalanan program lebih kurang sama seperti Youth Friendship Program, ada homestay, lawatan ke sekolah-sekolah, forum, persembahan kebudayaan dan yang paling best sekali semua kumpulan akan mengakhiri program tersebut di Disneyland Tokyo selama 2 hari. Wow..!! masa amy sensei pergi Jepun tahun lepas tak berkesempatan untuk berkunjung ke Disneyland Tokyo kerana rombongan kami hanya bergerak di daerah Nagasaki, Osaka, Saga dan Miyazaki.
Jadi peluang dan kesempatan yang diberikan oleh PAMAJA pada kali ini amat amy sensei hargai dan akan gunakan sebaik mungkin. Peluang ini juga akan digunakan untuk berjumpa best friend amy sensei yang juga ahli PAMAJA yang sedang belajar di Tokyo iaitu LOW YEN LING...nak suruh dia belanja makan tempura dengan onagi..hmmm...sedappp.!! boleh ye Low??
Namun Jadual amy sensei sudah pastinya amat padat pada November dan Disember ini walau pun cuti sekolah namun ia amat sibuk sekali. Amy sensei ke Jepun pada 27hb November - 8hb Disember 06, kumpulan amy sensei sahaja yang bertolak pada tarikh ini kerana kami kena mengendalikan orientasi pre-departure untuk kumpulan-kumpulan dari negeri lain yang akan berangkat ke Jepun sebaik sahaja cuti sekolah bermula.
Sebaik sahaja pulang dari Jepun pada 8hb Disember amy sensei hanya mempunyai masa 5 hari sahaja untuk berehat kerana pada 14hb Disember amy sensei akan berangkat ke Seoul, Korea bagi memenuhi agenda kembara tahun ini bersama teman-teman. Tahun ini kami memilih destinasi Korea dan Hong Kong kerana ingin mengikuti kelas bermain ski di Sungwoo Resort, Korea. Rancangan awalnya kami ingin ke Aussie tetapi tarikh yang ada hampir dengan tarikh peperiksaan PTK kami jadi kami terpaksa memilih tarikh yang sesuai di samping tempat yang menarik.
Tambahan pula, amy sensei mungkin tidak dapat merasai salji di Jepun walaupun pada tarikh yang kami pergi memang dalam winter season kerana di Jepun salji hanya turun pada Januari-Februari jadi akhirnya dapat juga kami merasai salji di Korea nanti. Antara tempat-tempat yang bakal di lawati ialah seperti Everland, Lotte World, lokasi pengambaran "Auntum My Heart" dan banyak lagi. Habis di Korea kami akan singgah ke Hong Kong selama 2 hari. Di Hong Kong amy sensei teringin nak pergi Disneyland sekali lagi kerana nak beri peluang pada member yang tak pernah pergi, Madame Tassaud dan mungkin kami akan berpatah balik Ke China kerana nak ke Shenzen untuk acara Shopping kerana jarak ke Shenzen dari Hong Kong hanya mengambil masa 1 jam sahaja dengan tren. Kembara ini mengambil masa selama 7 hari 6 malam.
Kepada kawan-kawan yang nak join Kelab Kembara kami bolehlah berbuat demikian pada tahun depan kalau masih ada yang join kami ke Korea dan Hongkong pada Disember ini bolehlah email amy sensei di amy_sensei75@yahoo.com sebelum bulan November ok?
Kalau ada yang nak join tahun depan destinasi yang seterusnya adalah ke New Zealand. Ok..amy sensei akan muat turunkan gambar-gambar dan berita-berita dari Jepun, Korea dan Hong Kong nanti. Sebelum itu lihatlah gambar-gambar ini dulu ye...Sampai berjumpa lagi.....see yah

Tokyo Disneyland
SKI Resort, Korea
Posted at 08:07 am by cikguamy
Permalink